Lelaki cedera bergelut dengan pemandu samseng

Suspek lelaki kemudian bertindak merangkul leher mangsa hingga berlaku pergelutan, namun berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi.
Suspek lelaki kemudian bertindak merangkul leher mangsa hingga berlaku pergelutan, namun berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi.
A
A
A

KLANG – Seorang lelaki cedera selepas bergelut dengan pemandu sebuah kereta dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Persiaran Batu Nilam, Bukit Tinggi, di sini, Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.13 tengah hari ketika mangsa berusia 39 tahun yang memandu kereta jenis Honda City berhenti di belakang sebuah Proton Gen 2.

Beliau berkata, kereta Proton Gen 2 itu tiba-tiba mengundur sebelum melanggar bahagian bampar hadapan kereta mangsa.

Kereta Proton Gen 2 itu tiba-tiba mengundur sebelum melanggar bahagian bumper hadapan kereta mangsa.
Kereta Proton Gen 2 itu tiba-tiba mengundur sebelum melanggar bahagian bumper hadapan kereta mangsa.

“Seorang lelaki serta seorang wanita turun dari kenderaan terbabit sebelum berlaku pertengkaran.

“Suspek lelaki kemudian bertindak merangkul leher mangsa hingga berlaku pergelutan, namun berjaya dileraikan oleh orang awam yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, mangsa mengalami luka ringan pada kaki, tangan dan leher.

“Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Artikel Berkaitan:

“Susulan kejadian ini, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurutnya, orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.

 

Ringkasan AI

  • Lelaki cedera selepas bergelut dengan pemandu di Klang
  • Kejadian berlaku di lampu isyarat Jalan Persiaran Batu Nilam
  • Pertengkaran bermula apabila sebuah Proton Gen 2 mengundur dan melanggar Honda City
  • Mangsa alami luka ringan dan mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah
  • Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!