Amira manis berjubah pada majlis khatam al-Quran

Tangkap layar video perkongsian dalam hantaran Instagram milik Ustazah Asni pada Ahad.
Tangkap layar video perkongsian dalam hantaran Instagram milik Ustazah Asni pada Ahad.
A
A
A

PENAMPILAN manis penyanyi dan bakal pengantin, Amira Othman, 31, yang lengkap dengan persalinan jubah berwarna 'nude' dilihat menarik perhatian ramai dalam majlis khatam al-Quran di sebuah dewan acara pada Ahad.

Majlis berkenaan dipimpin oleh pendakwah, Ustazah Asni Mansor dan turut disiarkan secara langsung menerusi Unifi TV dengan kemas kini setiap jam bermula 10 pagi, yang dikendalikan rakan artisnya, Sissy Imann.

Beberapa rakan selebriti turut dilihat hadir memberi sokongan antaranya Datin Paduka Umie Aida, Betty Rahmad dan Ika Nabella.

Menerusi video perkongsian dalam hantaran Instagram milik Ustazah Asni pada Ahad, Amira dilihat membaca al-Quran dan mengalunkan selawat kepada Rasulullah SAW dalam majlis tersebut.

Pada masa sama, Ustazah Asni juga sempat berkongsikan pengisian tentang al-Quran kepada para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

Sementara itu, peminat juga meluahkan keterujaan menantikan majlis pernikahan pasangan selebriti berkenaan yang akan ditayangkan secara langsung di Unifi TV pada jam 8 malam ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!