Anak tikam bapa: Tidak puas hati soal harta dipercayai jadi punca

Laporan Sinar Harian berhubung kes warga emas maut ditikam anak kandung. Gambar kecil: Ridzuan
Laporan Sinar Harian berhubung kes warga emas maut ditikam anak kandung. Gambar kecil: Ridzuan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Tidak puas hati berkaitan isu harta dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga emas maut ditikam oleh anaknya dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid berkata, suspek dipercayai bertindak demikian kerana perselisihan berhubung harta keluarga.

"Siasatan awal mendapati suspek yang merupakan penganggur tidak berpuas hati mengenai isu harta sehingga bertindak menikam mangsa.

"Pemeriksaan mendapati mangsa cedera parah di bahagian muka dan kepala akibat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki warga emas maut ditikam anak kandungnya di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras pada Sabtu.

Ridzuan berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada jam 3.01 pagi.

Beliau berkata, mangsa berusia 62 tahun ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu kediamannya dengan kesan tikaman sebelum mayatnya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, anak lelaki mangsa berusia 24 tahun kemudiannya diberkas dan direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Warga emas maut ditikam oleh anaknya berpunca dari isu harta
  • Kejadian berlaku di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Cheras
  • Suspek, seorang penganggur, bertindak kerana tidak berpuas hati mengenai isu harta
  • Mangsa, berusia 62 tahun, cedera parah di bahagian muka dan kepala
  • Anak lelaki mangsa berusia 24 tahun ditahan dan direman untuk siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!