Takut hukuman berganda, banduan Nepal serah diri selepas lari dari penjara

Seramai 692 banduan melarikan diri dari Penjara Dhangadhi ketika rusuhan di Nepal. Foto Agensi
Seramai 692 banduan melarikan diri dari Penjara Dhangadhi ketika rusuhan di Nepal. Foto Agensi
A
A
A

KATHMANDU – Seorang banduan yang melarikan diri ketika rusuhan penjara besar-besaran di Penjara Dhangadhi, Kailali memilih untuk menyerahkan diri semula kerana bimbang hukuman penjaranya akan berganda.

Banduan itu merupakan antara 692 tahanan yang melarikan diri dari Penjara Dhangadhi selepas penunjuk perasaan Gen-Z menyerbu fasiliti berkenaan minggu ini, membakar bangunan pentadbiran dan memaksa pintu penjara dibuka.

Secara keseluruhan, lebih 15,000 banduan dilaporkan melarikan diri dari lebih 25 penjara di seluruh negara.

Banduan tersebut yang identitinya tidak didedahkan hadir semula ke penjara keesokan pagi ditemani dua ahli keluarga kerana bimbang hukuman penjaranya akan digandakan jika ditangkap semula oleh pihak berkuasa.

"Dia sedar kalau terus bebas, polis boleh menuduhnya dengan kesalahan baharu kerana melarikan diri. Itu akan melanjutkan tempoh hukumannya.

"Dia harap kerajaan baharu mungkin anggap dia sudah insaf dan beri pengampunan," kata seorang ahli keluarganya kepada NDTV.

Ketika tiba di penjara, banduan berkenaan terpaksa memanggil beberapa kali dari luar pagar kerana pintu utama masih berkunci dengan beberapa anggota keselamatan berkawal di dalamnya.

Pada mulanya, anggota keselamatan tidak mengendahkannya sehinggalah seorang pengawal menghampiri dan bertanya sebab dia mahu kembali.

Pengawal itu kemudian memaklumkan kepada pegawainya sebelum banduan tersebut dibenarkan masuk semula ke dalam penjara.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, rusuhan penjara akibat protes anti-kerajaan itu telah meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa banduan yang bertempur dengan pasukan keselamatan.

Tentera Nepal memaklumkan mereka hanya berjaya menangkap semula hampir 200 banduan, jumlah kecil berbanding ribuan yang masih bebas.

Ringkasan AI

  • Seorang banduan melarikan diri ketika rusuhan penjara besar-besaran di Penjara Dhangadhi memilih untuk menyerahkan diri semula bimbang hukuman berganda
  • Lebih 15,000 banduan melarikan diri dari lebih 25 penjara di seluruh negara
  • Banduan tersebut menyerah diri bersama dua ahli keluarganya kerana takut hukuman akan dilipatgandakan
  • Dia berharap kerajaan baru mungkin memberikan pengampunan atas tindakannya
  • Rusuhan penjara yang terjadi telah meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa banduan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!