Polis minta bantuan kesan Nurfatin Auni

Nurfatin Auni kali terakhir dilihat di dalam bilik tidur kediaman keluarganya di Taman Desa Delima, Gerik.
Nurfatin Auni kali terakhir dilihat di dalam bilik tidur kediaman keluarganya di Taman Desa Delima, Gerik.
A
A
A

GERIK - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja yang dilaporkan hilang di sini sejak Khamis.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Abdul Samad Othman berkata, kehilangan Nurfatin Auni Mohamad Kobli, 16, disedari bapanya sendiri sekitar jam 6.30 pagi.

Menurutnya, kali terakhir pelajar berkenaan dilihat adalah di dalam bilik tidur kediaman mereka di Taman Desa Delima di sini.

"Mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 150 sentimeter, berkulit kuning langsat, berambut paras bahu, berbadan sederhana serta memakai kaca mata," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai mangsa boleh menghubungi Pegawai Penyiasat di talian 010-9220079 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di talian 05-7912222.

"Orang ramai juga boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi menyalurkan maklumat untuk membantu usaha mengesan remaja terbabit," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis minta bantuan orang ramai mencari remaja hilang di Gerik sejak Khamis
  • Kehilangan Nurfatin Auni Mohamad Kobli disedari bapanya pada jam 6.30 pagi
  • Terakhir dilihat di dalam bilik tidur di Taman Desa Delima
  • Nurfatin Auni ketinggian 150 sentimeter, berkulit kuning langsat, berambut paras bahu, dan memakai kaca mata
  • Orang ramai boleh hubungi Pegawai Penyiasat atau IPD Gerik bagi menyalurkan maklumat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!