Kebakaran hutan: Bomba berdepan ancaman harimau, beruang


Anggota melakukan pemadaman tanpa menggunakan air bagi menghalang ia merebak. - Foto JBPM Perak
Anggota melakukan pemadaman tanpa menggunakan air bagi menghalang ia merebak. - Foto JBPM Perak
A
A
A

GERIK - Anggota bomba perlu berwaspada dengan kehadiran harimau dan beruang ketika melakukan kerja-kerja memadam kebakaran hutan seluas 52 hektar di Gunung Kenderong dan Kampung Pong di sini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, kesan tapak kaki dan najis haiwan liar itu dapat dilihat di kaki gunung berkenaan sepanjang operasi berlangsung.

“Kawasan ini adalah habitat asal harimau dan beruang, malah anggota pula perlu merentas hutan selama dua jam untuk tiba di lokasi.

“Anggota bomba diingatkan supaya jangan panik dan kurangkan pergerakan sekiranya terserempak dengan haiwan itu.

"Kita juga dapatkan nasihat daripada pihak Jabatan Hutan yang turut menyertai operasi kali ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.


Anggota bomba menggunakan kaedah ‘fire break’ bagi memadam kebakaran di Gunung Kenderong sejak Isnin lalu.- Foto JBPM Perak
Anggota bomba menggunakan kaedah ‘fire break’ bagi memadam kebakaran di Gunung Kenderong sejak Isnin lalu.- Foto JBPM Perak

Seramai 120 pegawai dan anggota Bomba, Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan dan penduduk kampung ‘berperang’ lebih 72 jam bagi menghapuskan kebakaran itu sejak Isnin lalu.

Menurutnya, operasi itu dipecahkan kepada dua pasukan bagi melakukan pemadaman di Gunung Kenderong seluas 40 hektar manakala, Kampung Pong seluas 12 hektar.

Artikel Berkaitan:

“Lebih 90 peratus kebakaran kawasan Kampung Pong berjaya dilakukan dan operasi diteruskan hari ini.

Anggota mengangkut ‘warjet pump’ seberat 8 kilogram secara bergilir-gilir bagi memadam kebakaran hutan. - Foto JBPM Perak
Anggota mengangkut ‘warjet pump’ seberat 8 kilogram secara bergilir-gilir bagi memadam kebakaran hutan. - Foto JBPM Perak

“Dua pasukan elit iaitu pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) dan Multi Skill Team (MUST) digerakkan dengan menggunakan pesawat AW189 bagi memadam kebakaran bermula di puncak gunung,” katanya.

Katanya, anggota mengalami kekangan apabila tiada sumber air sebagai medium pemadaman selain keadaan cuaca panas terik dan tiupan angin kencang yang menyebabkan kebakaran itu mudah merebak.

“Kaedah ‘water bombing’ dilakukan Unit Udara JBPM dan operasi hari ini diteruskan bagi memadam baki kebakaran seluas 15.6 hektar bermula jam 8 pagi,” katanya.

Lokasi kejadian tidak boleh diakses dengan menggunakan kenderaan, pasukan operasi perlu berjalan kaki sejauh 2km.
Lokasi kejadian tidak boleh diakses dengan menggunakan kenderaan, pasukan operasi perlu berjalan kaki sejauh 2km.