Maqis nafi pegawai terlibat aktiviti orang tengah

Maqis nafikan penglibatan pegawainya dalam penipuan urusan import eksport haiwan.
Maqis nafikan penglibatan pegawainya dalam penipuan urusan import eksport haiwan.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menafikan penglibatan pegawainya dalam sebarang aktiviti orang tengah yang menawarkan perkhidmatan menguruskan urusan import dan eksport haiwan peliharaan dengan bayaran tertentu.

Maqis dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung individu yang menyamar sebagai pegawai jabatan itu bagi menguruskan dokumen berkaitan dengan meminta sejumlah wang daripada orang ramai.

"Sehubungan itu, Maqis mengingatkan orang ramai agar berurusan hanya melalui saluran rasmi iaitu ejen berdaftar dengan jabatan ini.

"Setiap pembayaran rasmi perlu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan dan akan disertakan dengan resit rasmi kerajaan," katanya.

Menurut kenyataan itu, sebarang keraguan boleh dirujuk dengan menghubungi pejabat Maqis melalui talian 03-8870 8000 atau e-mel di feedback@maqis.gov.my untuk pengesahan.

"Maqis sentiasa komited dalam memastikan integriti serta ketelusan perkhidmatan, selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penipuan," jelas kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Maqis menafikan penglibatan pegawainya dalam aktiviti orang tengah bagi urusan import dan eksport haiwan peliharaan
  • Maqis menerima aduan tentang individu yang menyamar sebagai pegawai untuk mengurus dokumen dengan meminta wang
  • Maqis mengingatkan orang ramai untuk berurusan melalui ejen berdaftar sahaja
  • Setiap pembayaran rasmi harus mengikut prosedur yang ditetapkan dengan resit rasmi kerajaan
  • Maqis komited memastikan integriti dan ketelusan perkhidmatan serta tidak akan berkompromi dengan penipuan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!