Wanita melecur akibat letupan gas LPG

Keadaan di dapur rumah mangsa akibat letupan gas LPG terbabit petang tadi.
Keadaan di dapur rumah mangsa akibat letupan gas LPG terbabit petang tadi.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang wanita cedera akibat letupan gas petroleum cecair (LPG) di Taman Paya Taram, Kerdau di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Hanita Mohd Mokhtar, 57, mengalami lecur di bahagian muka dan tangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba, Syed Mohsen T.Ismail berkata, empat anggota dan dua pegawai bersama sebuah jentera pemadam (FRT) dengan bantuan tiga anggota BBP Bukit Angin dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan mengenai insiden tersebut.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian mendapati terdapat letupan gas memasak LPG yang bocor.

"Letupan terjadi ketika dapur sedang dinyalakan oleh mangsa dan kemudiannya api telah menyambar mangsa sebelum ia berjaya dipadamkan dengan menutup injap LPG tersebut.

"Mangsa cedera akibat melecur di bahagian muka dan tangan akibat letupan terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya,anggota terlibat telah membuat pemeriksaan di tempat kejadian untuk mengelakkan situasi berulang.

"Selain itu,rawatan awal telah diberikan oleh unit EMRS Bukit Angin kepada mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk rawatan selanjutnya," jelasnya.

Artikel Berkaitan: