AKPS sahkan 18 pegawai ditahan disyaki terlibat sindiket 'counter setting'

Mohd Shuhaily.
Mohd Shuhaily.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 18 pegawai penguat kuasa yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Rabu merupakan pegawai yang bertugas di Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang mengesahkan perkara itu memaklumkan, kesemua pegawai berkenaan bertugas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Seramai 18 individu yang direman membabitkan pegawai AKPS, selebihnya dipercayai mereka yang bersengkokol dengan sindiket, saya rasa pembabitan mereka jauh lebih lama daripada penubuhan AKPS," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kajian Separuh Penggal Kertas Putih Pertahanan di sini pada Khamis.

Pada Rabu, SPRM dilaporkan menahan 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dengan sindiket counter setting yang melepaskan warga asing masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!