Bali isytihar darurat bencana seminggu

Seramai sembilan mangsa dilaporkan terkorban akibat banjir yang melanda beberapa wilayah di Bali. Foto AFP
Seramai sembilan mangsa dilaporkan terkorban akibat banjir yang melanda beberapa wilayah di Bali. Foto AFP
A
A
A

DENPASAR – Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) bersama Kerajaan Provinsi Bali mengisytiharkan status darurat bencana selama seminggu berikutan banjir yang meragut sembilan nyawa di beberapa wilayah.

Ketua BNPB, Letjen TNI Suharyanto berkata, status darurat itu pada awalnya dicadangkan berkuat kuasa selama dua minggu, namun dipinda kepada seminggu selepas penilaian menunjukkan keadaan tidak terlalu serius.

“Status ini bukan bermaksud situasi sangat genting, tetapi ia diperlukan supaya kerajaan pusat dapat menyalurkan bantuan segera kepada daerah terlibat.

"Antara syarat bantuan adalah adanya pengisytiharan darurat atau siaga darurat oleh kerajaan tempatan,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurut data BNPB, setakat Rabu petang, sembilan mangsa terkorban melibatkan lima orang di Denpasar, dua di Jembrana, seorang di Gianyar dan seorang lagi di Badung.

Secara keseluruhan, seramai 202 keluarga atau 620 penduduk terjejas akibat banjir yang berlaku selepas hujan lebat sejak Selasa.

Daerah yang terlibat ialah Denpasar, Jembrana, Gianyar, Klungkung, Badung dan Tabanan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!