Tragedi Sungai Linggi: Status agama 2 beradik lemas adalah Islam

Mahkamah Tinggi Syariah Seremban mengesahkan dua beradik yang lemas di Sungai Linggi sebagai beragama Islam dan akan dikebumikan secara Islam di Port Dickson. Foto Bernama
Mahkamah Tinggi Syariah Seremban mengesahkan dua beradik yang lemas di Sungai Linggi sebagai beragama Islam dan akan dikebumikan secara Islam di Port Dickson. Foto Bernama
A
A
A

PORT DICKSON - Teka-teki mengenai status agama dua beradik yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor ke Sungai Linggi, Tanjung Agas di sini minggu lalu terjawab apabila Mahkamah Tinggi Syariah Seremban mengesahkan mereka adalah beragama Islam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengesahan status agama kanak-kanak terbabit dibuat dalam satu sesi pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa.

“Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa kedua-dua mangsa adalah beragama Islam dan diperintahkan dikebumikan mengikut cara Islam.

“Jadi, pengebumian mangsa akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah di sini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pihak waris juga telah mewakilkan kepada JHEAINS untuk menuntut jenazah mangsa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan JHEAINS akan membantu menguruskan jenazah dua beradik itu selepas mengetahui status agama mereka.

Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah berkata, pihaknya telah menerima permohonan daripada pihak polis untuk semakan status agama dua beradik berkenaan susulan nama yang tertera di dokumen peribadi mereka adalah nama orang Cina.

“Kita dah buat semakan berkenaan status agama dua beradik itu selepas bapanya memaklumkan anaknya telah diislamkan di Kelantan.

“Namun semakan dengan Jabatan Agama Islam Kelantan mendapati tiada rekod bahawa dua beradik itu telah diislamkan, begitu juga di JHEAINS,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya bergantung kepada pengakuan bapa dua beradik terbabit berhubung pengislaman mereka dan meminta lelaki itu membuat pengakuan secara bertulis kepada pihak polis.

Dua beradik berusia enam dan lapan tahun itu lemas selepas kereta yang dinaiki bersama bapa dan seorang wanita terjatuh ke dalam sungai berkenaan.

Difahamkan ketika kejadian, kereta tersebut diparkir di tebing sungai dalam keadaan enjin dimatikan sementara bapa mangsa keluar sebentar untuk merokok.

Ringkasan AI

  • Teka-teki status agama dua beradik yang meninggal selepas kereta merosot ke Sungai Linggi terjawab sebagai Islam
  • Mahkamah Tinggi Syariah Seremban mengesahkan status Islam mereka
  • Kedua-dua mangsa diperintahkan dikebumikan mengikut cara Islam
  • Pengebumian akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
  • Semakan status agama dibuat selepas nama Cina tertera di dokumen, namun tiada rekod pengislaman di Kelantan atau JHEAINS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!