Polis nafi keluar saman dalam operasi Covid-19

Mesej yang tular di media sosial hari ini.
Mesej yang tular di media sosial hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan mesej yang mendakwa seorang individu dikenakan saman RM300 kerana keluar membeli barang bersama suami ketika melalui sekatan jalan raya di hadapan Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Mesej berkenaan tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, sekatan jalan raya itu bertujuan memberi nasihat kepada orang awam untuk berada di rumah jika tiada urusan penting selain memantau pergerakan orang awam.

"Berdasarkan semakan yang dibuat, tiada saman dikeluarkan.

"Ekoran viral itu, satu laporan polis telah dibuat dan akan disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 211/233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihaknya merayu kepada orang ramai untuk memberi kerjasama penuh bagi mencegah penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan di seluruh negara.

"Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung dengan Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian Hotline 03-88882010 atau Hotline IPD Brickfields di talian 03-2297 9222," katanya.

Artikel Berkaitan: