PM terima sumbangan RM2 juta untuk tabung Covid-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan RM2 juta daripada Berjaya Group of Companies dan I Berhad untuk tabung Covid-19.

A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan RM2 juta daripada Berjaya Group of Companies dan I Berhad untuk tabung Covid-19.

Menerusi laman Facebook, Muhyiddin bergambar dengan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya, Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching dan Pengerusi I Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong.

Sumbangan tersebut menjadikan tabung Covid-19 berjumlah RM2.125 juta.

Kerajaan melancarkan tabung Covid-19 pada 11 Mac lalu sebagai usaha membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak RM100 sehari melalui tabung itu akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang tempoh dikuarantin.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan RM2 juta daripada Berjaya Group of Companies dan I Berhad untuk tabung Covid-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sumbangan RM2 juta daripada Berjaya Group of Companies dan I Berhad untuk tabung Covid-19.

Artikel Berkaitan: