KPM pantau aduan guru terbeban, pengetua diminta lebih peka

KOTA BHARU – Dakwaan bahawa guru terbeban dengan tugas akibat arahan pengetua diambil perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, susulan dakwaan tersebut, KPM mengingatkan semua pengetua agar mengambil maklum perkara berkenaan selain melihatnya dari sudut yang positif.
“Ada segelintir guru yang membuat surat layang dan sebagainya, mendakwa terbeban dengan tugas di sekolah disebabkan pengetua.
“Walaupun ia hanya aduan menerusi surat layang dan bukannya laporan rasmi, namun kita sentiasa mengambil serius isu berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali Ke-63 di Grand River View, di sini.
Pada masa sama, menurut beliau, isu antara guru dan pengetua boleh diselesaikan melalui perbincangan serta komunikasi yang baik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

