Jalan lengang, rakyat Kelantan patuh arahan

A
A
A
KOTA BHARU - Tahap kesedaran rakyat di negeri ini terhadap Perintah Kawalan Pergerakan makin bertambah baik.

Tinjauan Sinar Harian mendapati laluan masuk ke pusat bandar dari arah Wakaf Bharu-Pasir Pekan mulai lengang.

Bukan itu sahaja laluan-laluan di sekitar bandar Kota Bharu turut lengang.

Situasi itu menunjukkan rakyat sudah memahami perintah tersebut dan rayuan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan kerajaan dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Artikel Berkaitan:


Justeru, rakyat di negeri ini diminta tenang dan bersabar mengharungi ujian.