Anggota TUDM hilang sejak 24 Ogos ditemui di Ampang

Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui di sebuah kediaman di kawasan Ampang Jaya.
Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui di sebuah kediaman di kawasan Ampang Jaya.
A
A
A

SERDANG - [DIKEMAS KINI] Polis menemui seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang sejak 24 Ogos lalu, pada Rabu.

Laskar Udara Kanan, Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, ditemui di sebuah kediaman di kawasan Ampang Jaya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, setakat ini pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah berhubung kehilangan anggota terbabit.

"Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, menemui anggota terbabit dalam keadaan selamat, tanpa sebarang kesan kecederaan.

"Setakat ini, kita sedang meneliti punca sebenar kehilangannya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Difahamkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Muhammad Ammar dilaporkan hilang selepas menyertai Kursus Penyelia Pengangkutan Kenderaan di Institut Latihan Pengurusan Material (INSMAT) TUDM Bandar Kinrara, dibenarkan pulang bersama peserta lain pada 22 Ogos lalu.

Semua peserta kursus diarahkan melapor diri semula pada 25 Ogos lalu, namun dia gagal berbuat demikian sebelum satu laporan polis dibuat oleh pegawai penyelia kursus pada hari sama.

Berdasarkan siasatan polis sebelum ini, Muhammad Ammar yang bertugas di Pangkalan Udara Subang dekat sini, kali terakhir dilihat berada di Sungai Kedondong pada 23 Ogos kira-kira jam 4.30 petang.

Artikel Berkaitan:

Pada 24 Ogos kira-kira jam 6 petang, rakan sebilik kursus cuba menghubunginya namun mendapati telefon bimbitnya dimatikan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!