ShopeePay, Allianz General tawar insurans mampu milik

ShopeePay dengan kerjasama Allianz General menawarkan dua pelan insurans kemalangan diri terbaharu pada harga mampu milik.
ShopeePay dengan kerjasama Allianz General menawarkan dua pelan insurans kemalangan diri terbaharu pada harga mampu milik.
A
A
A

SHAH ALAM - ShopeePay mengumumkan pelancaran dua pelan insurans kemalangan diri terbaharu, hasil kerjasama dengan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad.

Hab kewangan digital serba baharu itu dalam satu kenyataan memberitahu, inisiatif tersebut selaras dengan misi ShopeePay iaitu ‘Akses Kewangan Dipermudah’ yang bertujuan menjadikan perlindungan lebih mudah diakses dan mampu milik untuk semua rakyat Malaysia.

“Ditawarkan pada harga RM50 dan RM75, kedua-dua pelan ini layak untuk Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) kerajaan yang menyediakan subsidi sebanyak RM30 kepada dua juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah seperti diumumkan semasa Belanjawan 2025 baru-baru ini.

“Pelanggan yang layak boleh menikmati perlindungan menyeluruh serendah RM20 (tertakluk kepada SST). Pelan ini ditawarkan melalui aplikasi ShopeePay dan Shopee bertujuan bagi memberikan perlindungan asas untuk semua,” katanya.

Dalam aplikasi ShopeePay atau Shopee, pengguna hanya perlu klik ‘Tenang’ di halaman utama insurans bagi mengesahkan kelayakan mereka untuk Baucar Perlindungan Tenang.

Pemohon diminta untuk memberikan maklumat peribadi yang diperlukan dan seterusnya semak butiran perlindungan sebelum klik ‘Bayar Sekarang’ untuk melengkapkan pembelian.

Pemohon akan dimaklumkan melalui e-mel sekiranya permohonan berjaya. Mereka yang terpilih akan menerima baucar Shopee bernilai RM10 tanpa sebarang perbelanjaan minimum.

Menerusi inisiatif tersebut, ShopeePay bangga apabila dapat menyokong program Perlindungan Tenang oleh Bank Negara Malaysia yang memupuk keterangkuman kewangan selain menjadikan insurans lebih mudah diakses dan mampu dimiliki oleh komuniti B40.

Untuk maklumat lanjut, layari https://myptv.my/ untuk menyemak kelayakan bagi Baucar Perlindungan Tenang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!