Covid-19: ATM teruskan operasi ketenteraan

ATM tetap meneruskan semua operasi ketenteraan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara biarpun negara berdepan dengan ancaman Covid-19.
ATM tetap meneruskan semua operasi ketenteraan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara biarpun negara berdepan dengan ancaman Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap meneruskan semua operasi ketenteraan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara biarpun negara berdepan dengan ancaman wabak koronavirus (Covid-19).

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, sebagai benteng pertahanan, aspek kedaulatan negara perlu didahulukan dalam apa jua situasi.

“Semua operasi dalam menjaga keselamatan negara dan kedaulatan negara tetap dilaksanakan agar ia kekal terpelihara.

“(Bagaimanapun) Sebarang aktiviti latihan akan ditangguhkan. Saya juga telah mengarahkan setiap perkhidmatan bagi memperincikan perkara-perkara berkaitan aspek operasi, latihan dan kursus, eksesais, pentadbiran serta logistik,” katanya dalam satu perutusan khas kepada seluruh warga ATM di sini hari ini.

Affendi berkata, langkah berkenaan dibuat supaya pelaksanaannya tidak bercanggah serta mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Affendi turut mengingatkan supaya semua warga ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sikap ambil peduli tentang saranan pencegahan Covid-19 perlu dipatuhi buat diri, keluarga dan masyarakat.

“Ini termasuk tidak perlu melakukan pembelian panik, pulang ke kampung tanpa ada urusan kecemasan, fahami maksud penjarakan sosial, menjaga kebersihan diri serta mendapatkan rawatan susulan jika ada mempunyai simptom pada diri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada 16 Mac lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19. - Bernama