215 ahli keluarga Warisan Albi berhimpun di Yong Peng

Majlis penuh mesra ini menghimpunkan keturunan daripada 17 adik-beradik seibu sebapa, termasuk memperingati enam daripadanya yang telah meninggal dunia.
Majlis penuh mesra ini menghimpunkan keturunan daripada 17 adik-beradik seibu sebapa, termasuk memperingati enam daripadanya yang telah meninggal dunia.
A
A
A

YONG PENG – Seramai 215 ahli keluarga daripada empat generasi Warisan Albi berkumpul sempena Hari Keluarga Warisan Albi kali ketiga yang diadakan di Sekolah Agama Seri Yong Peng, Johor, pada Ahad.

Majlis penuh mesra ini menghimpunkan keturunan daripada 17 adik-beradik seibu sebapa, termasuk memperingati enam daripadanya yang telah meninggal dunia.

Perhimpunan kali ini dianjurkan hasil hebahan menerusi kumpulan WhatsApp keluarga, sekali gus memudahkan semua ahli untuk berhubung dan mengatur kehadiran.

Anak dan menantu Albi yang menjayakan hari keluarga berkenaan.
Anak dan menantu Albi yang menjayakan hari keluarga berkenaan.

Jurucakap keluarga, Osman Albi, anak ke-17 dalam susunan adik-beradik, berkata penganjuran hari keluarga ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuh nilai kekeluargaan dalam kalangan generasi baharu.

“Kami mahu anak cucu terus mengenali asal usul dan menghargai pengorbanan generasi terdahulu. Kehadiran 215 ahli keluarga membuktikan semangat kekeluargaan kami masih kuat,” katanya.

Selain sesi ramah mesra dan bergambar beramai-ramai, majlis turut diisi dengan bacaan doa untuk ahli keluarga yang telah tiada, sukaneka untuk kanak-kanak, serta jamuan tengah hari yang meriah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!