Lima anggota termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan SPRM

Kelima-lima suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dari jam 2 hingga 5 petang pada Isnin
Kelima-lima suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dari jam 2 hingga 5 petang pada Isnin
A
A
A

GEORGE TOWN - Lima anggota termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM9,000.

Wang rasuah itu dikatakan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki motosikal curi yang melibatkan seorang lelaki.

Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dari jam 2 hingga 5 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pulau Pinang.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada Jumaat lalu dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Seberang Perai.

"Salah seorang suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang juga pemilik bengkel motosikal yang terlibat di dalam operasi tersebut," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Kesemua suspek ditahan 24 jam sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!