Himpunan Munajat Merdeka mohon keselamatan, minta dijauhkan musibah - Polis

SEGAMAT - Ratusan dilaporkan hadir pada program Himpunan Munajat Merdeka sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68,peringkat daerah di Dataran Segamat pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, program berkenaan merupakan himpunan biasa dengan pengisian berteraskan keagamaan.
“Antara pengisian yang diadakan termasuk solat fardu, solat hajat serta munajat memohon keselamatan dan dijauhi daripada segala musibah.
"Selain itu, forum kemerdekaan turut diadakan pada himpunan ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Tambah Ahmad Zamry, tetamu yang hadir terdiri daripada Ketua Jabatan di peringkat daerah serta wakil-wakil rakyat kawasan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
