Pesawat Sukhoi TUDM curi tumpuan, sambutan Hari Kebangsaan di Melaka meriah

Ab Rauf (tiga dari kiri,) Mohd Ali (empat dari kiri) ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri di Melaka.
Ab Rauf (tiga dari kiri,) Mohd Ali (empat dari kiri) ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri di Melaka.
A
A
A

MELAKA - Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri disambut meriah oleh pengunjung yang memenuhi Jalan Merdeka di Banda Hilir di sini pada Ahad.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sambutan tersebut merekodkan jumlah penyertaan luar biasa daripada pengunjung dan peserta yang mengambil bahagian dalam perarakan serta persembahan.

Menurutnya, sambutan yang disifatkan gilang-gemilang itu memberi keterujaan apabila aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu dua buah pesawat tempur Sukhoi Su-30MKM dan pesawat angkut taktikal C130-H turut mengambil bahagian.

Perserta perbarisan melakukan lintas hormat ketika melalui pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Jalan Merdeka, Banda Hilir Melaka pada Ahad.
Perserta perbarisan melakukan lintas hormat ketika melalui pentas utama pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Jalan Merdeka, Banda Hilir Melaka pada Ahad.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana buat julung kalinya selepas 68 tahun merdeka Melaka dapat lintas hormat aset-aset tentera udara.

“Kita juga ada persembahan ‘human grafik’ buat pertama kali daripada Jabatan Kebudayan dan Kesenian Negera (JKKN) Melaka melibatkan 700 orang pelajar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sambutan berkenaan.

Dalam pada itu, sambutan peringkat negeri juga menampilkan penyertaan terbesar dengan kehadiran 8,167 peserta daripada 147 kontinjen serta diserikan dengan perarakan 442 unit pelbagai jenis kenderaan.

Ia turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!