Segamat bergegar lagi pagi ini, gempa ke-6 dalam seminggu

Segamat bergegar lagi pagi Sabtu dengan gempa bumi lemah magnitud 2.7, menjadikannya gegaran keenam dalam tempoh seminggu. Foto MetMalaysia.
Segamat bergegar lagi pagi Sabtu dengan gempa bumi lemah magnitud 2.7, menjadikannya gegaran keenam dalam tempoh seminggu. Foto MetMalaysia.
A
A
A

SEGAMAT – [DIKEMAS KINI] Gempa bumi lemah sekali lagi melanda Segamat pada Sabtu dengan magnitud 2.7 pada jam 7.29 pagi.

Kejadian itu menjadikan ia gempa bumi keenam yang direkodkan di daerah berkenaan sejak Ahad lalu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran berpusat kira-kira dua kilometer barat laut Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

“Gegaran mungkin dirasai di sekitar Segamat, Johor. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut kenyataan itu.

Gegaran berkenaan berlaku selepas insiden pada jam 4.24 pagi Jumaat yang merekodkan magnitud 3.4, berpusat 22 kilometer timur laut Segamat dengan kedalaman 10 kilometer.

Terdahulu pada Ahad lalu, MetMalaysia turut mengesahkan gempa bumi lemah di daerah ini pada jam 6.13 pagi dengan magnitud 4.1.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!