Covid-19: Sidang media hanya melalui FB Live

Sidang media Ketua Menteri boleh diikuti melalui laman facebook peribadi Chow Kon Yeow.
Sidang media Ketua Menteri boleh diikuti melalui laman facebook peribadi Chow Kon Yeow.
A
A
A

GEORGETOWN - Sidang media Ketua Menteri, Chow Kon Yeow hanya akan diadakan menerusi Facebook Live sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan susulan penularan koronavirus (Covid-19).

Kon Yeow dalam sidang akhbar pertama secara atas talian petang tadi berkata, tindakan itu bagi menyahut seruan pelaksanaan yang lebih tegas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan.

"Pada hari ini, sidang media saya dianjurkan tanpa kehadiran fizikal pihak-pihak media kerana menyahut seruan kerajaan untuk mengawal pergerakan dan tindakan jarak sosial.

"Saya berharap rakan-rakan media akan memahami tujuan Kerajaan Negeri berbuat demikian dan segala pertanyaan boleh dituju kepada saya melalui siaran Facebook Live ini,"katanya di sini hari ini.

Dalam sidang ahbar berkenaan, Kon Yeow memaklumkan beliau telah ke Bilik Gerakan Negeri Pulau Pinang di Tingkat 7, Komtar yang menempatkan pasukan Special Task Force Covid-19yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Menurutnya, pasukan khas berkenaan bersiap-sedia berkhidmat dalam tempoh 24 jam untuk bersama-sama seluruh rakyat negeri ini bagi membanteras wabak Covid-19.

Selain itu, beliau berkata pihak penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis) Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MPSP) sebelum ini mengambil pendekatan yang sederhana terhadap mereka serta pihak yang mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini kerana, katanya kemungkinan ramai lagi yang tidak tahu, atau tidak faham serta tidak biasa lagi dengan perintah tersebut memandangkan ia baharu dilaksanakan pada hari pertama (bermula semalam).

Artikel Berkaitan:

"Pada hari ini juga, saya telah menghadiri taklimat yang diadakan pihak PBT dan saya telah mengarahkan MBPP serta MBSP untuk mengetatkan lagi tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut demi kepentingan semua pihak di Negeri Pulau Pinang.

"Sebagai Ketua Menteri, saya tidak akan membenarkan rakyat Pulau Pinang terancam oleh wabak ini dengan tidak mengambil tindakan tegas.Kerajaan Negeri akan terus bekerja keras bersama-sama dengan seluruh rakyat negeri ini memerangi wabak Covid-19," katanya.