IPFN jadi tumpuan, bedah siasat Syamsul Haris bakal bermula

Suasana di IPFN, Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat menjadi tumpuan berikutan proses bedah siasat terhadap pelatih PALAPES UTM Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.
Suasana di IPFN, Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat menjadi tumpuan berikutan proses bedah siasat terhadap pelatih PALAPES UTM Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN), Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat menjadi tumpuan berikutan proses bedah siasat terhadap pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Sekitar jam 10 pagi, kawasan sekitar IPFN dipenuhi kehadiran anggota polis yang mengawal ketat pekarangan hospital, manakala wakil media pelbagai agensi turut menunggu di luar untuk mendapatkan perkembangan lanjut.

Proses itu dijalankan selepas penggalian semula kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih selesai pagi ini yang disaksikan keluarga, pihak berkuasa dan peguam.

Suasana di IPFN, Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat menjadi tumpuan berikutan proses bedah siasat terhadap pelatih PALAPES UTM Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.
Suasana di IPFN, Hospital Kuala Lumpur pada Jumaat menjadi tumpuan berikutan proses bedah siasat terhadap pelatih PALAPES UTM Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.

Bedah siasat kedua ini dijalankan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada Selasa lalu yang membenarkan permohonan ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, bagi mendapatkan kepastian berhubung punca kematian anak sulungnya itu.

Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet dalam keputusannya sebelum ini menetapkan proses berkenaan dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penggalian dengan penyeliaan Ketua Polis Negara (KPN) selaku responden pertama.

Mahkamah turut mengarahkan pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur menjalankan bedah siasat berkenaan dengan kehadiran Pakar Forensik, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh serta peguam Datuk Naran Singh yang mewakili pihak pemohon.

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!