Jenazah Syamsul Haris dibawa ke HKL untuk bedah siasat

KAJANG - Jenazah pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam, Kampung Rinching Hulu, Semenyih, di sini pada Jumaat.
Tinjauan Sinar Harian mendapati van yang membawa keluar jenazah Allahyarham dilihat mula bergerak meninggalkan lokasi sekitar jam 9.37 pagi untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi proses bedah siasat.
Turut mengiringi van membawa jenazah adalah beberapa kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melibatkan motosikal dan kereta peronda.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, proses penggalian pada pagi ini disaksikan oleh pegawai dan dari Unit Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM), peguam dan ibu Allahyarham, pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, pakar patalogi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sebaik proses penggalian selesai, jasad Allahyarham akan dibawa terus ke HKL untuk proses bedah siasat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
