[VIDEO] Lelaki guna tuala wanita ganti topeng muka

Paparan Twitter ABS-CBN News mendedahkan Arnel guna tuala wanita sebagai ganti penutup muka tular di laman sosial.
Paparan Twitter ABS-CBN News mendedahkan Arnel guna tuala wanita sebagai ganti penutup muka tular di laman sosial.
A
A
A

MANILA - Akibat kehabisan bekalan topeng muka, seorang lelaki terpaksa menggunakan tuala wanita bagi menutup mulut dan hidungnya ketika keluar rumah dalam mengekang wabak koronavirus (Covid-19).

Meskipun mengetahui dirinya bakal menjadi bahan lawak oleh rakan-rakannya, Arnel Losada tetap menggunakan tuala wanita ekoran sukar mendapatkan topeng muka di pasaran.

Jika ada bekalan, mungkin harganya jauh lebih mahal dari biasa sekali gus membebankan golongan kurang mampu sepertinya yang merupakan seorang pemandu lori.

Pendedahan kisah itu dimuat naik di Twitter ABS-CBN News yang menarik perhatian ramai.

Kata netizen dikenali Arthos, "Jangan ketawa kepadanya kerana guna tuala wanita sebagai penutup muka, berkemungkinan barang ini akan dibeli untuk pembelian panik seterusnya."

Ujar Haleena, "Mengapa perlu ketawakan dia, dia ada sikap mahu jaga diri apabila di luar dan peduli tentang orang lain. Pencegahan adalah lebih baik dari mengubati."

Namun kata Daniel, "Penggunaan selain dari penutup muka perlu dibasuh atau dibuang selepas guna selama 3 jam. Penutup muka dibuat dari kain juga perlu dibasuh selepas digunakan."

Dalam pada itu, video 26 saat itu ditonton lebih 648,000 kali sejak dimuat naik semalam.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, kerajaan Filipina telah melaksanakan tempoh berkurung bermula 15 Mac hingga 14 April depan, tetapi sebahagian pekerja dikecualikan dan sesiapa yang melanggar arahan tidak akan ditangkap.

Seramai 202 rakyatnya disahkan positif dan 14 kematian direkodkan setakat ini.