Polis teliti rakaman CCTV pelajar Tingkatan Tiga jatuh dari asrama

Shazeli
Shazeli
A
A
A

SHAH ALAM – Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan insiden seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah menengah di Sabak Bernam, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, penelitian secara terperinci dilakukan bagi siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Polis sedang meneliti rakaman CCTV yang berkaitan dengan insiden itu sahaja.

“Setakat ini, keadaan mangsa masih sama seperti sebelumnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata, beberapa individu termasuk pihak sekolah sudah dipanggil untuk dirakam keterangan, manakala siasatan masih diteruskan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

Media sebelum ini melaporkan, mangsa berusia 15 tahun itu berada dalam keadaan kritikal selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah.

Keputusan imbasan CT scan mendapati pelajar tersebut mengalami pendarahan di kepala, rahang patah serta kecederaan pada paru-paru.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!