IOIPG catat hasil RM3.06 bilion dengan prestasi membanggakan

IOI City Mall yang memenangi pelbagai anugerah berdiri megah sebagai pusat beli-belah terbesar di Malaysia. Foto kecil: Lee Yeow Seng
IOI City Mall yang memenangi pelbagai anugerah berdiri megah sebagai pusat beli-belah terbesar di Malaysia. Foto kecil: Lee Yeow Seng
A
A
A

SHAH ALAM – IOI Properties Group Berhad (IOIPG) mencatat pertumbuhan kecil dalam hasil dengan merekodkan RM3.06 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 (TK2025).

Pertumbuhan itu didorong oleh prestasi kukuh segmen pelaburan hartanah serta hospitaliti dan rekreasi yang masing-masing mencatat lonjakan 46 dan 70 peratus, sekali gus mengimbangi prestasi lebih perlahan dalam segmen pembangunan hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Lee Yeow Seng berkata, pihaknya bangga dengan komitmen pasukan yang berusaha menyampaikan keputusan membanggakan bagi TK2025 meskipun berdepan cabaran dalam persekitaran perniagaan global dan ketidaktentuan perdagangan.

“Kami akui cabaran ini mungkin berterusan, namun trend penurunan kadar faedah memberi prospek positif.

“Melangkah ke hadapan, kami yakin penawaran pelbagai produk di tiga negara, aliran pendapatan berulang yang kukuh dan prospek positif segmen hospitaliti dan rekreasi bagi keuntungan mampan pada masa depan.

“Sehubungan itu, kami gembira mengumumkan dividen sebanyak 8.0 sen bagi TK2025,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Yeow Seng memberitahu, selain prestasi jualan yang memberangsangkan, inventori siap IOIPG terus menunjukkan penurunan iaitu daripada RM1.92 bilion kepada RM1.27 bilion sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

“Pengurangan itu didorong oleh usaha bersepadu IOIPG melaksanakan kempen pemasaran terarah dan penetapan strategi produk.

“Kumpulan kekal komited untuk terus memonetisasi inventori ini bagi menjana aliran tunai segera untuk menyokong projek pembangunan semasa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, segmen pembangunan hartanah mencapai jualan sebanyak RM1.81 bilion pada TK2025 yang mana projek tempatan menyumbang RM1.62 bilion atau 89 peratus daripada jumlah jualan manakala projek di China dan Singapura menyumbang RM187.6 juta atau 11 peratus.

Di Malaysia, jualan dipacu terutamanya oleh rantau Lembah Klang dengan RM946.8 juta yang diterajui pembangunan matang dan pesat membangun di IOI Resort City, Putrajaya serta 16 Sierra, Selangor.

Sementara itu, rantau Johor mencatat jualan RM663.8 juta yang disumbangkan oleh perbandaran dinamik Bandar Putra Kulai dan Taman Kempas Utama.

Keuntungan sebelum cukai pada TK2025 menurun 37 peratus kepada RM1.45 bilion, berbanding RM2.30 bilion yang dilaporkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi lebih perlahan itu didorong terutamanya oleh keuntungan nilai saksama yang lebih rendah daripada hartanah pelaburan dan perbelanjaan faedah lebih tinggi susulan operasi IOI Central Boulevard Towers.

Bagaimanapun, prestasi berkenaan mencerminkan daya tahan IOIPG dalam mengemudi turun naik ekonomi dan kitaran perniagaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!