McDonald’s Malaysia serah zakat RM300,000 kepada LZS

McDonald’s Malaysia menyerahkan cek cura bernilai RM300,000 sebagai simbolik penyerahan zakat kepada LZS.
McDonald’s Malaysia menyerahkan cek cura bernilai RM300,000 sebagai simbolik penyerahan zakat kepada LZS.
A
A
A

SHAH ALAM- McDonald’s Malaysia meneruskan komitmen tanggungjawab syarikat milik orang Islam dengan menjadikan negeri Selangor sebagai destinasi ketiga untuk menyempurnakan pembayaran zakat korporatnya bagi tahun 2025.

Sebelum ini, ia telah berlangsung di negeri Perak dan Terengganu. Program itu menyaksikan penyerahan zakat korporat berjumlah RM300,000 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sekali gus memperkukuhkan peranan syarikat sebagai entiti perniagaan milik umat Islam yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat.

Penyerahan zakat itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan McDonald’s Malaysia yang bermula tahun 2017 dan sehingga kini, negeri Selangor telah menerima lebih RM2 juta dalam bentuk zakat korporat daripada syarikat tersebut.

Bayaran zakat pada tahun ini juga mengambil kira operasi 111 restoran McDonald’s di seluruh Selangor serta sokongan padu para pelanggan.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar, berzakat bukan sahaja kerana kewajipan tetapi sebagai syarikat milik orang Islam, ia merupakan satu nilai teras dalam membantu komuniti.

“Alhamdulillah, pada tahun ini kami dapat berzakat di 14 negeri, termasuk Selangor. Kami percaya, kelebihan yang dimiliki merupakan amanah untuk membantu mereka yang memerlukan,” kata Azmir.

Seorang pelanggan gembira menerima pek hidangan percuma.
Seorang pelanggan gembira menerima pek hidangan percuma.

Sebagai sebuah syarikat milik umat Islam, McDonald’s Malaysia sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat yang merupakan salah satu daripada rukun Islam.

Artikel Berkaitan:

Pelaksanaan berzakat bukan sekadar memenuhi kewajipan syarikat, malah ia mencerminkan nilai teras yang dipegang teguh oleh McDonald’s Malaysia iaitu menyumbang semula kepada masyarakat yang telah menyokong pertumbuhan syarikat selama ini.

Melalui sumbangan zakat, McDonald’s Malaysia berusaha memastikan agar kejayaan perniagaan dapat dikongsi bersama golongan yang memerlukan khususnya dalam kalangan asnaf.

Dengan sokongan berterusan pelanggan, McDonald’s Malaysia mampu melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang mereka terhadap pembangunan komuniti.

Usaha itu juga selari dengan prinsipnya iaitu kejayaan sebenar sesebuah perniagaan bukan hanya diukur melalui keuntungan, tetapi juga melalui impak positif yang diberikan kepada masyarakat.

Selain berzakat, McDonald’s Malaysia juga menyumbangkan Kotak Rezeki kepada 100 keluarga asnaf.
Selain berzakat, McDonald’s Malaysia juga menyumbangkan Kotak Rezeki kepada 100 keluarga asnaf.

Pada tahun 2020, McDonald’s Malaysia telah dianugerahkan Sijil Pembayar Zakat Korporat oleh LZS sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat dalam membayar zakat secara konsisten.

Ia menjadikan McDonald’s Malaysia sebagai antara restoran perkhidmatan segera terawal yang bukan sahaja diiktiraf dengan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetapi juga menunjukkan integriti korporat melalui pembayarannya kepada institusi zakat yang sah.

Berkongsi rezeki bersama masyarakat

Selain penyerahan zakat di negeri Selangor, McDonald’s Malaysia turut mengadakan beberapa inisiatif kemasyarakatan bersempena jelajah zakat 2025 seperti memberikan Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian kepada keluarga asnaf sekitar Shah Alam sebagai bantuan segera.

Tidak ketinggalan, 1,000 pek hidangan percuma turut diagihkan kepada pelanggan yang hadir sebagai tanda kesyukuran dan penghargaan.

Langkah itu selari dengan misi McDonald’s Malaysia, ia bukan sekadar menjalankan perniagaan tetapi juga menjadi jiran yang prihatin kepada komuniti.

McDonald’s Malaysia menyumbangkan 1,000 pek hidangan percuma kepada pelanggan dan komuniti setempat yang hadir pada salah satu program yang dianjurkan, baru-baru ini.
McDonald’s Malaysia menyumbangkan 1,000 pek hidangan percuma kepada pelanggan dan komuniti setempat yang hadir pada salah satu program yang dianjurkan, baru-baru ini.

Melalui lebih 370 cawangan di seluruh negara, syarikat itu melaksanakan lebih 10,000 inisiatif kemasyarakatan setiap tahun, meliputi bantuan kepada anak yatim, warga emas, mangsa bencana dan pelbagai golongan yang memerlukan.

Jelajah seluruh negara Buat julung kalinya, McDonald’s Malaysia melaksanakan Jelajah Zakat ke semua 14 negeri di Malaysia pada tahun ini.

Inisiatif itu bukan sekadar menyerahkan zakat, malah bertujuan memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat serta menyemai semangat berkongsi rezeki.

Sejak diambil alih oleh syarikat tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd pada tahun 2017, McDonald’s Malaysia telah melunaskan lebih RM14 juta zakat korporat secara keseluruhan.

Jelajah itu merupakan antara bukti jelas komitmen syarikat dalam menjadikan kejayaan perniagaan sebagai platform untuk memberi kembali kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun agama.

McDonald’s Malaysia percaya bahawa kelebihan mereka juga adalah sebahagian daripada amanah untuk membantu komuniti setempat, seperti berzakat dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.

 

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!