RUU PSB: Cabaran kerajaan depani pembaharuan, kesejahteraan rakyat

USUL pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) di Dewan Rakyat mencetuskan kebimbangan merentasi parti politik, masyarakat sivil dan penduduk bandar khususnya di kawasan bandar.
RUU ini disifatkan tergesa-gesa dan berisiko mencetuskan konflik perlembagaan serta ketidakadilan kepada pemilik hartanah.
Kebimbangan utama adalah potensi percanggahan dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin hak milik harta selain cadangan ambang kelulusan 75 peratus untuk meroboh dan membina semula rumah berusia 30 tahun jelas mengundang perdebatan.
Lebih membimbangkan, RUU ini memberi kuasa besar kepada menteri dan Exco negeri untuk membuat keputusan ke atas tanah, termasuk tanah rizab Melayu dan tanah wakaf.
Ia secara tidak langsung menimbulkan persoalan berkaitan sensitiviti agama dan kaum serta membuka ruang terhadap salah guna kuasa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
