Sara RM100: Kalau tak nak guna lebih baik derma

Rakyat Malaysia dapat sumbangan penghargaan Sara bernilai RM100 daripada kerajaan.
Rakyat Malaysia dapat sumbangan penghargaan Sara bernilai RM100 daripada kerajaan.
A
A
A

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 31 Ogos ini mungkin yang paling gembira buat rakyat Malaysia. Yelah, inilah kali pertama mereka dapat sumbangan penghargaan Sara bernilai RM100 daripada kerajaan.

Bermula 21 Ogos lalu, semua 22 juta pemegang MyKad boleh semak kelayakan masing-masing di portal rasmi seperti MyKasih.

Kalau ikutkan tak perlu semak pun sebab kerajaan sudah janji semua warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas layak terima Sara one-off ini.

Tapi sebab takut kalau semasa nak bayar di kaunter nanti tiba-tiba duit itu tiada dalam MyKad, Merak Jalanan semaklah. Memang layak dan ada baki RM100!

Ada juga orang yang ‘tolong’ buat semakan membabitkan seorang jutawan terkenal tanah air. Nombor MyKad jutawan itu pernah didedahkan dalam satu pengumuman pasaran saham di mana beliau disenaraikan sebagai pemegang saham utama.

Mungkin sekadar ingin mengesahkan status Sara golongan mahakaya. Hasilnya, memang betul Tan Sri ini juga layak dapat RM100.

Bantuan ini disalurkan mulai 31 Ogos dan perlu digunakan paling lewat 31 Disember nanti.

Maksudnya ada empat bulan saja untuk habiskan RM100 itu. Kalau tak guna duit itu sampai akhir tahun, kerajaan akan ambil balik dan salurkannya menerusi bantuan-bantuan lain.

Merak Jalanan yakin ramai yang rasa bersalah untuk menggunakan duit itu kerana menganggap ada orang lain yang lebih memerlukan. Malah mereka tak perlukan pun duit itu, contohnya orang kaya seperti Tan Sri tadi. Jadi caranya, tak payahlah belanja.

Artikel Berkaitan:

Sebenarnya kita sendiri boleh dermakan balik. Misalnya, guna duit itu untuk beli barangan asas dan sumbangkan kepada NGO, masjid, jiran atau saudara-mara yang lebih memerlukan.

Cara ini mungkin lebih baik kerana kita tahu siapa penerimanya, selain boleh mengeratkan silaturahim.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!