Bekas guru dipenjara 215 tahun kerana cabul, rakam pelajar

Wilson hanya boleh dipertimbangkan untuk pembebasan bersyarat selepas menjalani sekurang-kurangnya 20 tahun hukuman. Agensi
Wilson hanya boleh dipertimbangkan untuk pembebasan bersyarat selepas menjalani sekurang-kurangnya 20 tahun hukuman. Agensi
A
A
A

CALIFORNIA – Seorang bekas guru sekolah rendah di Sacramento, Amerika Syarikat, dijatuhi hukuman penjara 215 tahun seumur hidup selepas mengaku bersalah mencabul serta merakamkan perlakuan keji terhadap pelajarnya.

Menurut Pejabat Pendakwa Raya Sacramento, tertuduh Kim Kenneth Wilson, 64, sebelum ini mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan melakukan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak pada Februari lalu. Hukuman dijatuhkan Hakim Satnam Rattu pada Jumaat, 22 Ogos.

Sepanjang tempoh mengajar di Sekolah Rendah Del Paso Heights, Wilson didakwa membawa pelajar perempuan ke sebuah bilik khas yang diwujudkan sebagai kelab penyiaran. Di situlah kebanyakan jenayah seksual dilakukan, selain ada juga insiden berlaku di rumahnya ketika mengadakan acara bersama pelajar.

Hasil serbuan pihak berkuasa menemukan pelbagai bahan bukti termasuk alat permainan seks bersaiz kanak-kanak serta ratusan pita video, cakera DVD dan peranti digital yang merakamkan serangan seksual melibatkan ramai murid sejak bertahun-tahun lalu. Rakaman itu turut menunjukkan mangsa dipaksa menghadap kamera ketika diperlakukan.

Mengikut undang-undang California, Wilson hanya boleh dipertimbangkan untuk pembebasan bersyarat selepas menjalani sekurang-kurangnya 20 tahun hukuman.

Selain hukuman penjara, Wilson dan bekas majikannya, Twin Rivers Unified School District, turut berdepan tindakan saman oleh seorang bekas pelajar yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika berusia tujuh tahun pada tahun 2013.

Saman itu mendakwa pihak sekolah cuai apabila gagal menyiasat serta melaporkan aduan salah laku guru berkenaan meskipun terdapat aduan terdahulu.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!