'Otai’ UiTM sasar lima emas di KARISTA 2025

KARNIVAL Sukan Staf UiTM (KARISTA) 2025 yang menyingkap tirai hari ini lebih meriah di Arau, Perlis dengan penyertaan julung kali Persatuan Pesara UiTM Malaysia (PESUTIMA).
Kontinjen 46 bekas staf itu berbekalkan motto PESUTIMA masih berbisa menyasarkan lima emas melalui acara boling, tenis, badminton serta golf.
Ketua kontinjen, Datuk Thantawi Jauhari Ahmad berkata, skuad bola sepak veteran juga diharap mampu mara sekurang-kurangnya ke suku akhir edisi kali ini.
Beliau juga menegaskan penyertaan golongan ‘otai’ itu lebih kepada menyambung silaturrahim dan memperkenalkan PESUTIMA.
KARiSTA 2025 merupakan acara dwitahunan yang menghimpunkan staf dari seluruh kampus UiTM di Malaysia bagi bertanding dalam pelbagai acara,
Ia sekali gus menjadi platform mengeratkan silaturahim selain memperkukuhkan jenama UiTM sebagai universiti unggul.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
