Gempa bumi di Segamat, ini yang perlu anda tahu

Gempa bumi lemah 4.1 magnitud dikesan di Segamat, Johor awal pagi Ahad. Foto Facebook MetMalaysia
Gempa bumi lemah 4.1 magnitud dikesan di Segamat, Johor awal pagi Ahad. Foto Facebook MetMalaysia
A
A
A

GEGARAN gempa bumi berukuran 4.1 yang melanda Segamat awal pagi tadi mencetuskan suasana cemas dalam kalangan penduduk.

Berikut info yang anda perlu tahu;

- Gegaran gempa bumi lemah dilaporkan berlaku sekitar jam 6:13 pagi pada Ahad.

- Kekuatan gempa tersebut berskala 4.1 magnitud dengan pusat gegaran terletak kira-kira 180 km dari ibu negeri Johor.

- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menyatakan pusat gegaran berada lima kilometer (km) barat Segamat, pada kedalaman 10 km.

- Gegaran berkenaan turut dirasai di kebanyakan kawasan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang.

- Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda dilaporkan sehingga kini.

- Rakyat dinasihatkan untuk menjauhi struktur-struktur tidak kukuh dan terus peka dengan arahan pihak berkuasa.

- MetMalaysia kekal memantau dengan rapi dan akan mengeluarkan makluman lanjut dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

- Pemerhatian dan pemantauan juga dilakukan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama agensi berkaitan.

- Pada 29 Ogos tahun lalu, media melaporkan beberapa penduduk di Segamat, Johor khususnya di kawasan Batu 5, Buloh Kasap, digemparkan oleh bunyi letupan misteri sebanyak tujuh kali berturut-turut sekitar pukul 3:50 petang.

- Salah seorang penduduk di kawasan tersebut berkata, gegaran itu begitu kuat sehingga menyebabkan bumbung rumah bergegar dan berlaku sedikit keretakan pada strukturnya.

- Berita turut menyatakan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Segamat tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung gegaran tersebut.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!