Polis kesan individu muat naik video murid berlari kejar kereta ibu

Video berdurasi seminit berkenaan telah dimuat naik oleh satu akaun Facebook dengan kapsyen ‘marah anak janganlah tergamak buat sampai macam tu sekali’ dan telah mengundang pelbagai komen negatif.
Video berdurasi seminit berkenaan telah dimuat naik oleh satu akaun Facebook dengan kapsyen ‘marah anak janganlah tergamak buat sampai macam tu sekali’ dan telah mengundang pelbagai komen negatif.
A
A
A

SERDANG - Individu yang memuat naik video memaparkan seorang murid berlari mengejar kereta dipandu ibunya selepas tertinggal di hadapan sebuah sekolah di Seri Kembangan di sini, dikesan pihak polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, tindakan itu dijalankan pihaknya bagi membantu siasatan lanjut berkaitan kejadian terbabit.

“Setakat ini, polis telah merakam keterangan pasangan suami isteri yang merupakan ibu bapa kepada murid terbabit selepas laporan berkaitan video berkenaan dibuat.

“Semakan mendapati anak pasangan itu berada dalam keadaan baik,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik kandungan di media sosial tanpa maklumat sahih.

“Sentiasa semak fakta sebelum memuat naik sebarang video dan dalam masa sama berhati-hati membuat perkongsian di media sosial,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita membuat laporan polis berkaitan klip video tular yang memaparkan dirinya serta anaknya.

Wanita terbabit difahamkan membuat laporan berikutan menerima pelbagai komen negatif susulan penularan klip video berkenaan.

Dalam kejadian pada 20 Ogos lalu, suri rumah berkenaan difahamkan mengambil pasangan anak kembarnya dari sekolah.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, semasa membuat pusingan U, dia menyedari ketiadaan salah seorang anaknya di dalam kereta.

Wanita berkenaan kemudian memberhentikan kenderaan setelah melihat anak lelakinya mengejar kereta dari arah belakang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!