Pisau tertusuk kepala, kanak-kanak tiga tahun tenang berjalan masuk hospital

Keadaan kanak-kanak itu yang tenang disamping ibunya.
Foto: Media China/ tular
Keadaan kanak-kanak itu yang tenang disamping ibunya. Foto: Media China/ tular
A
A
A

BEIJING – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun kelihatan tenang ketika berjalan bersama ibunya masuk ke sebuah hospital di Yunnan, China dengan sebilah pisau tertusuk di kepalanya.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada 15 Ogos lalu selepas mangsa dibawa ibunya ke unit kecemasan hospital berkenaan.

Menurut laporan media China, pisau berkenaan secara tidak sengaja tertusuk ketika ibunya cuba menakutkan anaknya menggunakan senjata tajam tersebut yang disimpan di bawah bantal.

Doktor memberi amaran agar pisau berkenaan tidak dicabut sendiri kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan pendarahan serius atau kecederaan lebih parah.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke bilik pembedahan bagi mengeluarkan pisau berkenaan dan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas rawatan intensif.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kanak-kanak tersebut berjalan dengan tenang bersama ibunya sehingga memasuki bilik pembedahan.

Pengguna media sosial di China memuji keberanian luar biasa mangsa yang digambarkan lebih tabah daripada kebanyakan orang dewasa.

Namun insiden tersebut turut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan masyarakat mengenai aspek keselamatan kanak-kanak di rumah.

Orang ramai menggesa ibu bapa lebih berhati-hati serta memastikan barang tajam disimpan dengan selamat agar tragedi seumpama ini tidak berulang.

Artikel Berkaitan:

Tamat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!