Henti politikkan sentimen perkauman!

Muzzammil Ismail
Muzzammil Ismail
A
A
A
ALOR SETAR - Kerajaan perlu memandang serius sentimen perkauman yang semakin membimbangkan oleh ahli politik dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

Exco Armada Bersatu, Muzzammil Ismail berkata, peruntukan-peruntukan khas seperti Akta Keharmonian Nasional, Berita Palsu perlu digunakan dalam meredakan tekanan perkauman.

Dakwanya, parti politik pembangkang dan beberapa NGO tertentu semakin kebal menyebarkan elemen subversif kepada para pengikut dan masyarakat awam contohnya di Perhimpunan Melayu Bangkit di Pasir Salak baru-baru ini.

"Biarpun di era Malaysia Baru ini kebebasan berucap dan berhimpun lebih terbuka, tiada lagi akta seperti ISA, Sosma namun sebarang bentuk provokasi yang mencetuskan malapetaka rusuhan yang mengugat kestabilan politik negara tidak boleh dipandang enteng," katanya dalam satu kenyataan.

Muzzammil turut mempersoalkan patutkah kerajaan menunggu sehingga huru hara rusuhan kaum berlaku barulah proklamasi darurat terpaksa dikeluarkan seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Dakwanya lagi, perancangan sulit melalui individu-individu politik dan NGO-NGO telah disusun dengan agenda menyukarkan perjalanan urustadbir negara melalui penyebaran sentimen kebencian dan ekstrimisme politik.

"Ada pihak sengaja cetuskan isu ICERD dan merosakkan perpaduan negara biarpun hari ini kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak meratifikasinya.

"Pemimpin pembangkang tidak bertanggungjawab sengaja menegangkan keadaan dengan ucapan seperti bermandi darah, menggunakan alasan mempertahankan akidah yang sebenarnya sekadar menjual modal politik mereka," katanya.

Tambahnya, di media sosial hari ini juga penuh dengan komen-komen berbaur hasutan, kebencian dan lebih teruk ada yang sehingga menyerang secara lisan.
Artikel Berkaitan: