Tidak perlu tergesa-gesa anjur Olimpik 2020: OIC

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan berhubung penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020, di sebalik kebimbangan mengenai pandemik Covid-19.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan berhubung penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020, di sebalik kebimbangan mengenai pandemik Covid-19.
A
A
A

LAUSANNE - Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada semalam berkata tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat keputusan berhubung penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020, di sebalik kebimbangan mengenai pandemik Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

IOC mengeluarkan kenyataan itu selepas lembaga eksekutifnya mengadakan sidang video dengan persekutuan antarabangsa berhubung isu berkenaan.

"IOC tetap komited mengenai Olimpik Tokyo 2020, berbaki empat bulan lagi sebelum penganjurannya, tidak perlu keputusan drastik dibuat pada tahap sekarang dan sebarang spekulasi pada masa ini tidak akan membantu," kata IOC.

Menurut kenyataan itu lagi, kesihatan dan kesejahteraan semua yang terlibat dalam persediaan temasya Olimpik Tokyo 2020 tetap menjadi keutamaan.

"Semua langkah yang perlu akan diambil untuk melindungi keselamatan dan kepentingan atlet, jurulatih dan pasukan sokongan," kata Presiden IOC, Thomas Bach.

IOC mengakui Covid-19 memberi kesan kepada persediaan kejohanan itu, tetapi "semua atlit digalakkan membuat persediaan sebaik mungkin."

"Keputusan IOC tidak akan ditentukan atas dasar kepentingan kewangan."

Setakat ini 57 peratus atlet layak untuk menyertai Olimpik.

Artikel Berkaitan:

IOC akan terus berunding dengan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, wakil atlet, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan pihak berkepentingan lain.- Bernama