Aduhai, bahasa WhatsApp dalam karangan sekolah

Apabila berWhatsApp dengan anak-anak, gunakanlah bahasa dan ejaan yang betul. Foto hiasan
Apabila berWhatsApp dengan anak-anak, gunakanlah bahasa dan ejaan yang betul. Foto hiasan
A
A
A

SEKARANG ini boleh dikatakan hampir semua pelajar ada telefon bimbit. Tak kisahlah murah atau mahal, janji boleh guna dengan baik untuk tiga perkara wajib bagi mereka iaitu boleh bermain games, buka TikTok dan WhatsApp.

Tidak dinafikan, WhatsApp penting sebagai medium komunikasi utama, hantar maklumat dengan pantas, mudahkan segala urusan dan menjimatkan.

Dari satu sudut, kewujudannya sangat bagus. Namun seperti biasa, setiap perkara yang bagus mesti ada buruknya.

Salah satunya apabila pelajar terlalu selesa menggunakan bahasa singkatan sampai terbawa-bawa ke dalam karangan sekolah.

Inilah yang membuatkan Merak Jalanan berasa bimbang. Bahasa jadi tunggang-langgang, ejaan tak lengkap dan kadang kala bercampur dengan bahasa Inggeris sesuka hati.

Merak Jalanan sendiri ada dua orang anak yang masih bersekolah. Apabila bermesej dengan mereka, Merak Jalanan akan cuba gunakan bahasa dan ejaan penuh. Tapi jawapan anak-anak lain pula gayanya – “ok je”, “x dpt”, “c u tmr”, campur aduk sana sini.

Setiap kali ditegur, mereka akan cuba betulkan, namun apabila bersembang dengan kawan-kawan, kembali juga ke gaya ringkas itu.

Pernah sekali Merak Jalanan terlihat mesej dalam kumpulan kelas bersama guru, rupa-rupanya gaya bahasa singkatan itu pun ada digunakan. Terfikir juga, adakah perkara ini sudah jadi normal di sekolah?

Mungkin guru sudah juga berpesan beza antara karangan dengan mesej, tapi pelajar seperti biasa akan cepat terikut.

Artikel Berkaitan:

Paling merisaukan, apabila buka buku latihan anak-anak, ada juga singkatan ejaan yang digunakan tanpa sedar.

Jadinya di sini Merak Jalanan berharap agar pihak sekolah, guru dan ibu bapa, apabila berWhatsApp dengan anak-anak, gunakanlah bahasa dan ejaan yang betul. Biar lengkap supaya mereka terbiasa dengan yang betul.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!