Majoriti setuju pembuli digantung, ulang tahun persekolahan

Majoriti netizen dalam tinjauan media sosial Sinar Harian menyokong cadangan supaya pembuli digantung tahun pembelajaran dan diwajibkan mengulang tahun persekolahan.
Majoriti netizen dalam tinjauan media sosial Sinar Harian menyokong cadangan supaya pembuli digantung tahun pembelajaran dan diwajibkan mengulang tahun persekolahan.
A
A
A

SHAH ALAM - Rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan cadangan supaya pelajar pembuli digantung tahun pembelajaran dan diwajibkan mengulang tahun persekolahan.

Menerusi tinjauan pendapat yang dilakukan di empat platform media sosial Sinar Harian melibatkan Facebook, Instagram, X dan YouTube, majoriti pengguna mahu cadangan tersebut dilaksanakan.

Di Facebook, 94 peratus daripada 1,337 responden bersetuju dengan cadangan tersebut manakala lima peratus atau 71 pengguna tidak bersetuju.

Sementara itu, di aplikasi X, 87 peratus daripada 332 pengguna bersetuju sekiranya pembuli digantung tahun pembelajaran dan diwajibkan mengulang tahun persekolahan, manakala 13 peratus sebaliknya.

Di Instagram, 84 peratus daripada 732 pengguna turut bersetuju dengan cadangan tersebut manakala 16 peratus menolak.

Platform YouTube pula merekodkan 91 peratus daripada 1,200 responden bersetuju jika cadangan itu direalisasikan dan sembilan peratus tidak.

Walaupun tinjauan yang dilaksanakan berskala kecil dan tidak mewakili keseluruhan populasi, ia memberikan gambaran awal mengenai sentimen masyarakat, khususnya dalam kalangan pengguna media sosial.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!