6 maut, 5 cedera akibat struktur makam runtuh di New Delhi

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan lima lagi cedera selepas sebahagian bilik di sebuah makam Muslim di ibu kota India, Delhi, runtuh akibat hujan lebat, menurut polis pada Sabtu, lapor Xinhua.
Bumbung dan satu sisi dinding struktur makam runtuh pada petang Jumaat ketika belasan orang berlindung di makam itu semasa hujan lebat.
Polis, bomba, pegawai kesihatan serta pasukan tindak balas bencana segera bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terselamat.
Laporan menyatakan yang struktur makam dalam keadaan uzur. - Bernama-Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
