Bomba selamatkan empat terperangkap kebakaran rumah kedai

Kebakaran di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu menyebabkan mangsa terperangkap akibat asap tebal yang menutupi laluan tangga. Foto JBPM Selangor
Kebakaran di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu menyebabkan mangsa terperangkap akibat asap tebal yang menutupi laluan tangga. Foto JBPM Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Empat individu termasuk seorang warga emas berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai di Taman Sentosa, Klang, pagi tadi, sebelum berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kebakaran di tingkat satu bangunan tiga tingkat itu menyebabkan mangsa, berusia 17 hingga 81 tahun, terperangkap akibat asap tebal yang menutupi laluan tangga.

"Kebakaran berkeluasan 20 x 30 kaki persegi di tingkat satu memusnahkan 50 peratus ruang berkenaan. Kesemua mangsa, seorang lelaki, dua wanita dan seorang remaja perempuan berada di tingkat tiga dan berjaya dibawa turun dengan selamat,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.16 pagi dengan kekuatan 14 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, BBP Klang Selatan dan BBP Klang Utara. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!