[INFOGRAFIK] Kes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan perkembangan terbaharu berhubung kes kematian, Zara Qairina Mahathir dalam sidang media khas di Bukit Aman pada Rabu.

Berikut merupakan 13 intipati penting yang dikongsikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar:

1. Punca kematian Zara Qairina pada awalnya dikenalpasti sebagai kecederaan otak yang disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak.

2. Terdapat ketidakpatuhan siasatan di mana pegawai penyiasat tidak membuat permohonan untuk bedah siasat. Tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai penyiasat dan ketua bahagiannya.

3. Terdapat persetujuan atau permohonan ibu mangsa supaya bedah siasat tidak dibuat dan persetujuan itu direkodkan dengan tanda tangan di dalam satu surat atau dokumen yang dikeluarkan oleh pihak hospital. Dokumen itu turut ditandatangani oleh doktor patalogi serta pegawai penyiasat. Surat itu bertajuk; “Surat akuan enggan bedah siasat mayat atas kemahuan sendiri”.

4. Pada 10 Ogos, empat pakar patalogi melakukan bedah siasat dan punca kematian sama seperti dapatan awal iaitu kecederaan otak yang disebabkan kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak. 'The injury is sustained due to a fall.'

5. Pada 12 Ogos, perbincangan telah dibuat dengan antara Peguam Negara dengan polis dan berpendapat inkues perlu dibuat. Permohonan akan dibuat kepada koroner dalam masa terdekat.

6. Inkues adalah untuk mendapat kebenaran terhadap persoalan kepada penyebab kejadian.

7. Task force yang ditubuhkan juga akan menyiasat ke arah elemen lain terutamanya dari sudut jenayah.

Artikel Berkaitan:

8. Polis membuka 15 kes siasatan terhadap pelbagai penyebaran berita yang tidak sahih.

9. Seorang wanita berusia 39 tahun ditahan untuk siasatan berhubung penyebaran berita palsu.

10. Siasatan task force juga merekodkan keterangan yang menjurus ke arah buli sebelum kejadian menimpa Zara.

11. 82 percakapan telah direkodkan termasuk pelajar dan antara mereka ada yang dipanggil semula untuk membantu siasatan.

12. Siasatan polis tidak menemui sebarang kaitan dengan penglibatan vvip.

13. Semua kecederaan yang dialami Zara telah diterangkan kepada keluarga dan peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!