Harga RON97, diesel turun 4 sen - MOF

Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun empat sen, masing-masing ditetapkan pada RM3.13 seliter dan RM2.90 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos ini. - Gambar hiasan
Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun empat sen, masing-masing ditetapkan pada RM3.13 seliter dan RM2.90 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak empat sen, masing-masing ditetapkan pada RM3.13 seliter dan RM2.90 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Ogos ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.

Menurut kenyataan itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Harga runcit bagi petrol RON95 juga kekal pada paras RM2.05 seliter,” menurut kenyataan tersebut.

MOF turut menjelaskan bahawa penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!