'Anak saya diheret, disuntik' - Rafizi Ramli

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Anak bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan di pusat membeli belah di Putrajaya sekitar jam 1.45 petang Rabu.
Rafizi berkata, kejadian berlaku ketika beliau, isteri dan anaknya mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli belah berkenaan.
Menurutnya, serangan tersebut melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya.
"Sekitar jam 1.45 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
"Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.
"Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
