Apa yang perlu anda tahu tentang inkues

Inkues berperanan mendedahkan fakta kematian luar biasa dan memastikan keadilan terpelihara. Foto 123RF
Inkues berperanan mendedahkan fakta kematian luar biasa dan memastikan keadilan terpelihara. Foto 123RF
A
A
A

APA ITU INKUES?

Inkues ialah siasatan rasmi yang dijalankan oleh Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian seseorang apabila kematian itu dianggap luar biasa, mengejutkan atau mencurigakan.

Tujuannya bukan untuk mencari siapa yang bersalah, tetapi untuk mendapatkan fakta iaitu bagaimana, bila, di mana dan apa yang menyebabkan kematian.

BILA INKUES DIBUAT?

- Kematian berlaku dalam tahanan polis atau penjara.

- Kematian akibat kemalangan besar atau bencana.

- Kematian yang menimbulkan tanda tanya atau kontroversi.

PROSES INKUES

1. Polis atau pihak berkaitan rujuk kes ke Mahkamah Koroner

Artikel Berkaitan:

2. Saksi dipanggil beri keterangan, bukti dikemukakan

3. Koroner umum keputusan (verdict) seperti:

- Kematian semula jadi

- Bunuh diri

- Pembunuhan

- Kematian akibat kemalangan

- Open verdict (punca kematian tidak dapat dipastikan)

KENAPA INKUES PENTING?

- Ketelusan – Memberi gambaran jelas kepada keluarga dan masyarakat.

- Keadilan – Memastikan tidak ada unsur salah laku yang terlepas pandang.

- Rujukan masa depan – Menjadi panduan kepada pihak berkuasa dalam menangani kes seumpama itu.

KES-KES INKUES TUMPUAN DI MALAYSIA

- Nour Rania Asyifaa (2022) - Bayi berusia 15 bulan dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam buaian di pusat jagaan di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

- Muhammad Adib Mohd Kassim (2018) – Anggota bomba yang cedera parah ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, sebelum meninggal dunia.

- Teoh Beng Hock (2009) – Pegawai politik yang ditemui mati di bangunan SPRM Selangor. Inkues antara kes berprofil tinggi di negara ini.

- Kugan Ananthan (2009) – Suspek kes curi kereta yang mati ketika dalam tahanan polis, menimbulkan isu mengenai prosedur siasatan dan hak tahanan.

- Kes kematian dalam tahanan – Beberapa inkues dijalankan bagi kes-kes tahanan di lokap polis dan penjara.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!