Kes Zara Qairina: Peguam mahu terlibat dalam prosiding inkues

Juliah (kanan) bersama Noraidah semasa pertemuan di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada Rabu.
Juliah (kanan) bersama Noraidah semasa pertemuan di Sri Gaya, Kota Kinabalu pada Rabu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pasukan peguam yang mewakili keluarga Allahyarhamah Zara Qairina memaklumkan akan membuat permohonan kepada koroner agar mereka diberi peluang terlibat dalam prosiding inkues yang akan dijalankan.

Dalam kenyataan bersama peguam, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi berkata, pihaknya sebelum itu menyampaikan ucapan terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara yang telah membuat keputusan untuk menjalankan inkues.

Menurutnya, ia selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah bertujuan menentukan punca dan sebab kematian termasuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kematian Zara Qairina.

"Dengan keputusan di atas, semua perkara yang kami pohon daripada Jabatan Peguam Negara dalam surat kami bertarikh 5 Ogos 2025 telah dipenuhi.

"Kami akan memohon dengan koroner agar kami diberi peluang untuk terlibat dalam prosiding inkues nanti," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pasukan peguam dalam kenyataan itu turut berharap agar prosiding inkues akan berjalan lancar dan tamat dalam masa yang pendek.

"Keadilan bagi Zara adalah matlamat utama kami dalam semua tindakan yang kami lakukan," katanya.

Sementara itu, Hamid Ismail yang mengetuai pasukan tersebut ketika dihubungi Sinar Harian berharap laporan bedah siasat dapat diperoleh secepat mungkin bagi membolehkan prosiding itu dijalankan segera.

"Harap-harap minggu depan, mana tahu (laporan bedah siasat) siap sudah," katanya ringkas.

Artikel Berkaitan:

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!