Sabah FC ujian sebenar KL City

Giancarlo Gallifuoco (kanan) mahu rakan sepasukan mengekalkan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan Sabah FC di Cheras. Foto KL CITY FC
Giancarlo Gallifuoco (kanan) mahu rakan sepasukan mengekalkan rentak kemenangan apabila melayan kunjungan Sabah FC di Cheras. Foto KL CITY FC
A
A
A

TONGGAK pertahanan Kuala Lumpur City FC (KL City), Giancarlo Gallifuoco mengingatkan rakan sepasukan agar terus fokus dan bersedia menghadapi cabaran lebih mencabar menentang Sabah FC dalam aksi Liga Super yang dijadual berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Rabu.

Selepas memulakan kempen musim ini dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas Imigresen FC di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu lalu, Gallifuoco menegaskan ujian menentang Sabah FC merupakan tugas lebih sukar buat skuad The City Boys.

Menurut pemain kelahiran Australia itu, Sabah memiliki ramai pemain berpengalaman yang mampu memberi saingan sengit, selain menunjukkan prestasi konsisten dalam beberapa musim terakhir.

"Pandangan saya untuk perlawanan ini akan jadi aksi yang sangat-sangat sukar kerana Sabah sejak dua ke tiga musim lalu sering konsisten dalam liga dan berada di kedudukan terbaik.

"Mereka miliki ramai pemain terbaik seperti Daniel Ting, Darren Lok dan sekarang Fergus Tierney, dan ia akan jadi cabaran cukup sukar buat kami.

"Kami perlu berada di tahap terbaik dan beri semaksimum mungkin, tapi dalam pada masa sama kami akan harungi satu persatu perlawanan, minit ke minit, dan saya percaya kami ada kualiti untuk mengatasinya," katanya

Gallifuoco juga turut menyatakan hasrat untuk memulakan aksi pertama di gelanggang sendiri musim ini dengan keputusan positif.

“Kami mahu memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri dan memastikan kami bermula dengan langkah kanan.

Artikel Berkaitan:

"Bermain di Cheras sentiasa memberi kelebihan kepada kami, dan kami mahu terus kekalkan reputasi sebagai pasukan yang sukar ditewaskan di sini,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!