Pengarah syarikat disyaki kemuka tuntutan palsu RM33,000

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang pengarah syarikat kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan perjalanan dan juga pembelian pendingin hawa berjumlah kira-kira RM33,000.

Menurut sumber, suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu telah ditahan kira-kira jam 1 petang, Selasa ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2022 hingga 2023.

“Suspek dipercayai telah mengemukakan dokumen tuntutan perjalanan dan tuntutan pembelian pendingin hawa yang jumlah keseluruhannya kira-kira RM33,000 sedangkan kedua-dua perkara tersebut tidak dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah SPRM Selangor, Khairul Izwan Karim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!